Pembelajaran Luar Kelas
Bersiar-siar di Taman Perumahan Gong Badak!
Angin pagi sepoi-sepoi, manakala matahari masih malu-malu menyorok di sebalik awan. Inilah harinya, anak-anak dibawa bersiar-siar dan mengenali kejiranan berdekatan.
Angin pagi sepoi-sepoi, manakala matahari masih malu-malu menyorok di sebalik awan. Inilah harinya, anak-anak dibawa bersiar-siar dan mengenali kejiranan berdekatan.
Celoteh anak-anak bertanyakan itu ini di sepanjang perjalanan turut diselangi tawa riang mengamit puan-puan suri rumah; ada yang menjenguk dari ampaian, mengorak senyum melihat telatah anak-anak.
Anak-anak malu-malu menyantuni jiran tetangga, senyum dan melangkah riang bersama rakan-rakan.
Sementelah Pasaraya Tunas Manja ini hanyalah sepelaung dari Didik Bijak Bestari, sudahnya anak-anak turut menyinggahi pasaraya ini.
Jika pasaraya gedung membeli belah dewasa, untuk anak-anak ini; inilah kamus kehidupan mereka mengenal pelbagai barang! dari bahagian barang dapur, kelengkapan rumah, alat permainan, buku dan banyak lagi. Tak jemu-jemu mereka bertanyakan barang-barang yang dipamerkan.
:D
Playschool di Didik Bijak Bestari Gong Badak - 011 3268 4626 menerima anak-anak 3-6 tahun
