Belajar mengingati bilangan hari dalam bulan






Wah..anak-anak ini belajar mengingati bilangan hari dalam bulan siap nyanyi-nyanyi lagi. Senang kacang je nak hafal, katanya!😁

Dua-dua jejaka ini Darjah 1, dari sekolah rendah berbeza tapi sama-sama laju belajar dalam kelas.

Ini adalah kelas TransitTutor subjek Matematik. Kat TransitDidiQ, siap ada kelas bantu sedikit sebanyak pemahaman semasa di sekolah. Takpa sekejap je 1 jam belajar, yang penting kita konsisten setiap hari.



Titik merah " lekuk " tangan merujuk kepada bulan :
Februari ( 2 ), April ( 4 ) , Jun ( 6 ) , September ( 9 ) dan November ( 11 ).

Bilangan hari bagi bulan-bulan tersebut ialah " 30 hari ",
kecuali bulan Februari merujuk kepada "28" atau "29" hari.


Titik merah " benjolan " tangan merujuk kepada bulan :
Januari ( 1 ) , Mac ( 3 ) , Mei ( 5 ) , Julai ( 7 ), Ogos ( 8 ), Oktober ( 10 )
dan Disember ( 12 ).

Bilangan hari bagi bulan-bulan tersebut ialah " 31 hari ".




Daftar Transit di

https://www.facebook.com/TransitDidiQ