Aktiviti Luar Kelas Feb

Tema: Diri Saya
Subtema: Kesihatan diri
Lokasi: Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak



Mentari pagi bersinar terang, sebaik sahaja kami tiba di sini sepasukan atlit sekolah Kuala Nerus sudah selesai memanaskan badan. Anak-anak sempat menyantuni para atlit ini sebelum 'menyerang' taman permainan.
Fasiliti taman permainan di sini terjaga dan sesuai dengan tahap umur kanak-kanak 4 tahun ke atas. Setelah diajar teori Kesihatan Diri di dalam kelas, inilah masanya mereka mempraktikkan! Anak-anak bebas memanjat, menggelonsor, meniti, berbuai dan lain-lain lagi dengan pengawasan guru-guru. Berpeluh-peluh!
Anak-anak juga turut memberi makan ikan di dalam kolam berdekatan. Sungguh teruja melihat ikan-ikan ini menerkam cebisan roti yang dilemparkan. Ketawa riang anak-anak ini sungguh tidak ternilai! 




Playschool di Didik Bijak Bestari Gong Badak - 011 3268 4626 menerima anak-anak 3-6 tahun
:) :)