SUDAH BERSEDIAKAH ANAK SAYA KE TADIKA? – Siri 2

SUDAH BERSEDIAKAH ANAK SAYA KE TADIKA? – Siri 2

 2) Boleh Berkomunikasi Dengan Ayat Mudah. 

Anak-anak yang sudah bersedia bersekolah akan dapat berkomunikasi keperluan dirinya. Contoh: mahu ke tandas, mahu minum atau sakit di mana. Ayat-ayat mudah begini menjadi ‘susah’ bagi sesetengah anak-anak terutamanya apabila berhadapan dengan orang baru (guru atau kawan-kawan). Komunikasi berkesan perlulah difahami oleh pendengar supaya keperluan tersebut dapat dipenuhi. Ada anak-anak yang diajar memberi isyarat tangan jika mahu ke tandas, yang mana tidak semua individu memahaminya. 



Persediaan ke Tadika, anak-anak akan dilatih menggunakan ayat mudah untuk berkomunikasi dengan berkesan. Di Tadika ABS, anak-anak dilatih menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Perkataan yang lebih sopan, tersusun dan menampakkan kesusilaan. 
Bahasa Melayu: Cikgu, saya nak ke tandas. 
Bahasa Melayu Tinggi: Puan guru, izinkan saya ke tandas. 

Bersambung… 

“Kelas Percubaan Tadika Mingguan” di Tadika ABS Didik Bijak Bestari menyediakan Latihan Persediaan Anak ke Tadika (3-5 tahun) bermula Jun 2015. Hubungi 011-3628 4626 untuk tempahan kelas.