SUDAH BERSEDIAKAH ANAK SAYA KE TADIKA?

SUDAH BERSEDIAKAH ANAK SAYA KE TADIKA? – Siri 1

1) Anak-anak sudah pandai berdikari
Anak berusia 3-4 tahun jika masih memakai pampers, mungkin menyukarkan mereka menyesuaikan diri apabila ke tadika. Pada usia ini, anak-anak perlu dilatih “diaperless” dan membuang air hanya di tandas. Latihan “diaperless” ini bukan sahaja untuk kebersihan diri malah anak-anak akan lebih fokus semasa sesi pembelajaran di tadika. Manakan dapat fokus jika terkencing dalam seluar kan smile emoticon
Anak-anak yang berdikari juga sudah pandai menyuap makan sendiri. Ada anak-anak yang masih disuapi oleh pengasuh atau ibu bapa dengan alasan “jika anak makan sendiri, bersepah-sepah”. Sampai bilakah anak-anak dapat makan bersuap? Pada usia 3-4 tahun latihan “menyuap makanan dengan berjaya"adalah melibatkan koordinasi motor tangan, mulut dan mata.


Berdikari pada usia 3-4 tahun juga termasuklah sudah pandai memakai baju sendiri, mengemas mainan, membersihakan diri dan melakukan kerja-kerja mudah tanpa pengawasan ibu bapa. Latihan seumpama ini biasa dilakukan oleh ibu bapa dengan mendorong anak-anak melakukan secara bersama-sama. Anak-anak akan cepat belajar jika ibu bapa bukanlah hanya sekadar memberi arahan tetapi sebaliknya menunjukkan cara yang betul kepada mereka.
Bersambung…
“Kelas Percubaan Tadika Mingguan” di Tadika ABS Didik Bijak Bestari menyediakan Latihan Persediaan Anak ke Tadika (3-5 tahun) bermula Jun 2015. Hubungi 011-3628 4626 untuk tempahan kelas